FAKTA 808 : BAB 1 : Penantian yang sangat menggelisahkan..
#terlebih dahulu, admin mohon maaf semua kekurangan dan kelemahan dalam penggunaan bahasa, ejaan, susunan ayat yg kurang sistematik. Yang penting kalian enjoy ya.. Hihihi.. Semua kritikan dan komen daripada anda adalah sangat dihargai. Semoga kita semua terus maju jaya.. Amin.. Yang penting enjoy kio kawan2ku !! 🌹🌹
Bab 1
Tepat 1.30 pagi, mata Katy masih belum terlelap lagi. Susah sungguh untuk dia melelapkan mata sedangkan malam sudah dibuai bunyi cengkerik. Sehingga hari ini perasaan gembira masih menyingkap dalam benak sanubari Katy kerana amat berpuas hati dengan keputusan STPM yang baru sebulan lepas diumumkan di sekolahnya.
Ketika mendengar pengumuman dari siaran radio Sabah Fm, dirinya bagai dihimpit keresahan. Susah untuk dia mengatur setiap hembusan dan tarikan nafasnya ketika itu.
Katy dirangkul dengan helaan nafasnya sendiri. Resah di bahagian dada sungguh tidak menyelesakannya. Radio yang sekian lama diletakkan di atas meja ruang tamu rumahnya itu ditatapnya tanpa berkelip.
Jantungnya berdegup kencang persis dikejar anjing garang yang sungguh mencemaskan. Pitam sahaja tidak dilaluinya pada ketika itu kerana tersentak mendengar pengumuman di radio tentang keputusan STPM yang bakal keluar.
Perasaan takut kerana risau tidak dapat menerima hakikat tentang keputusannya kelak. Pelbagai andaian yang sedang disimpulkan oleh mindanya sendiri. Katy seperti tokoh-tokoh falsafah yang sedang mewujudkan teori sendiri.
Dalam keadaan matanya tertutup Katy sedar bahawa dirinya sedang mengelamun sejak tadi. Nalurinya dapat merasakan keputusan STPM yang bakal diambil pada keesokan harinya itu mampu memuaskan hati kedua orang tuanya. Namun presepsi negatif tetap menguasai dirinya kerana kurang yakin dengan pencapaiannya.
Hatinya bermonolog semula mencari jawapan tentang kemungkinan yang bakal dihadapinya esok. Namun semangat tetap menjulang tinggi apabila sesekali terlintas di fikirannya tentang kesusahan hidup keluarganya.
Katy tersentak dari lamunannya. Ecil mengusik lamunannya.
“lewatnya bangun” usik Katy menegur adik lelakinya yang cukup liat untuk bangun pagi.
Sambil melihat jam dinding yang menunujukkan hampir jam 10.00 pagi itu. Berumur 15 tahun sudah cukup besar dan mampu bangun awal tambahan pula sudah biasa dengan kehidupan asrama.
“Bukan selalu.” Ecil menjawab ringkas teguran kakaknya.
“Adik, kakak dah buat kopi. Tengok sahaja di meja dapur, siap dengan ubi rebus sekali.”
“Ok”. Jawab adiknya dan terus menapak ke dapur.
Adiknya cukup pendiam dan pemalu di kampung mahupun di sekolah. Setiap petang jika ada kelapangan, adiknya balik dengan beberapa ekor burung hasil buruannya. Dengan hanya menggunakan lastik dan batu jalan raya sebagai pelurunya.
Sesekali Katy tersenyum sinis apabila terkenang kembali insiden adiknya dirotan oleh ayah mereka kerana mengambil tiub motor untuk dijadikan getah lastiknya.
Perasaan simpati timbul pada ketika itu. Sekarang hanya hiburan apabila terkenangkan semula zaman silam yang telah berlalu.
Kadang-kadang adiknya itu akan ke sungai untuk menjala ikan dan memasang pukat. Kemahiran yang dimiliki oleh adiknya itu jarang ada pada orang lain yang sebaya dengan dengannya. Dia amat berbangga dengan bakat semula jadi yang dimiliki oleh adiknya.
Katy yang sejak tadi melayan keindahan lamunannya sekali lagi tersentak apabila muncul seekor ayam betina yang hinggap di tingkap sambil berkokok. Bunyi nyaring, kuat dan berulang-ulang membuatkan Katy melatah lantas tersiku bucu meja. Kesakitan yang cukup menikam itu mendorongnya untuk memukul ayam tersebut. Sambil mengurut siku, Katy merenung tajam ayam yang masih berdiri di bingkai jendela.
Perasaan dendam yang membara umpama bertikam lidah dengan orang yang sedang mencaci keluarganya. Katy bingkas bangun dan terus meluru ke beranda rumah untuk mendapatkan penyapu.
Kelihatan ayam betina itu masih berdiri tenang di tingkap. Katy sungguh berhati-hati mengatur gerak langkahnya supaya ayam itu tidak terbang. Dengan perhatian yang cukup teratur, Katy mengatur langkah bagaimana hendak merejam ayam tersebut dengan batang penyapu.
Belum sempat Katy merejam ayam tersebut, Ecil yang tidak sengaja lalu di ruang tamu telah menyebabkan ayam itu terbang menjauh. Sungguh membuak-buak kemarahan Katy terhadap adiknya ditambah lagi dengan kesakitan siku yang belum hilang sejak tadi.
Katy tercengang sambil tangan mencekak pinggang dan matanya menjeling tajam terus ke arah adiknya. Kelihatan adiknya seolah-olah tiada perasaan. Namun sikap matang menghalangnya untuk bertindak menjadi kebudak-budakan.
Dia membiarkan perasaan marahnya itu terus lenyap dalam benak fikiran.
Kemudian, selang beberapa minit dia tercegat merenung adiknya, Katy pun menapak masuk ke dapur. Beranjak ke meja dan mendapatkan segelas air putih. Aliran air terasa ngilu di dadanya.
Kemarahannya mulai redah sedikit demi sedikit. Segelas air putih diteguk lagi. Sambil itu fikirannya melayang-layang. Masih terngiang-ngiang di telinganya suara deajay yang mengumumkan tarikh keputusan STPM dikeluarkan.
Katy bergerak ke kaki lima rumah. Dia mendapatkan sepasang selipar dan terus berjalan menyusuri denai menuju ke rumah pak ciknya. Selang beberapa minit dia pun sampai. Rumahnya dengan rumah pak ciknya hanya jarak lebih kurang lima puluh meter sahaja.
“Assalamualaikum pak cik” Katy memberi salam. Namun tiada sahutan spontan dari empunya rumah. Sekali lagi Katy memberi salam, lantas kedengaran suara menyahut membalas salamnya itu.
“Waalaikumsalam Kakak Katy”. Jawab Sindra.
Sindra merupakan anak ketiga pak ciknya. Mereka enam orang adik-beradik dan semuanya perempuan. Itulah kelebihan yang memihak pak ciknya. Namun pak ciknya tidak pernah mengeluh walau sedikitpun tentang takdir hidup yang dilalui kerana beliau percaya di sebaliknya mempunyai hikmah.
Anak pertama adalah Daling. seterusnya Brenda, Sindra, Gozy, Gonggong dan Puteri. Katy tersenyum sinis mengenangkan dirinya yang hanya dua orang adik-beradik.
“Eh Sindra, pak cik mana?” Tanya Katy ingin kepastian.
“Ayah dengan mak pergi kebun, tanam getah katanya” jawab Sindra.
“Oh, rajinnya pak cik seperti ayah dan mak juga” balas Katy.
“Gozy!” jerit Sindra memanggil adiknya.
“Apa?” Gozy menjawab pantas dari bilik.
“ Buat air dan sediakan roti bawa sini,
cepat! Kak Katy ada ni.” Pinta Sindra.
“Ok.” Jawab Gozy tanpa melenting kerana dia tahu statusnya sebagai adik.
Katy dan Sindra asyik berbual sesama sendiri. Maklumlah mereka sepupu yang sebaya berbanding dengan kakaknya dua orang. Mereka kurang rapat dengan Katy.
Daling sedang bekerja di sebuah syarikat bank manakala Brenda sedang pula menuntut di Universiti Tunku Abdul Razak UNITAR Kota Kinabalu. Mereka adik-beradik sememangnya rajin mencari peluang yang terbuka. Gozy sedang berada di Tingkatan Enam Rendah.
Gozy pun muncul membawa jug air yang berisi air sirap berwarna merah. Katy sedang mengandaikan air itu adalah air sirap Rose ataupun Strawberry.
Gozy menghidangkan sepinggan roti perisa Crackers. Sindra menuang air pada cawan dan memperlawa Katy untuk minum.
“Sindra, kau sudah tahu kah esok keputusan kita keluar?” Tanya Katy.
“Betul kak? saya tidak tahu apa-apa kak.” Reaksi muka terkejut dengan soalan yang diajukan kepadanya.
“Eya Sindra, esok keputusan STPM keluar. Sebab ni kak datang rumah mahu bagitahu pasal keputusan kita tu.” Jelas Katy.
Kelihatan Sindra tidak tenteram sejurus selepas mendengar penjelasan dari kakak sepupunya itu. Walaupun keputusan belum diketahui namun gelisah dan resah menyingkap seluruh perasaan Sindra. Dia tahu Katy akan mendapat keputusan yang cemerlang.
Katy memang seorang yang sangat rajin belajar dan pandai. Satu ketika dia pernah terfikir bahawa kepandaian Katy itu adalah semula jadi yang telah dikurniakan oleh Tuhan. Katy terus menjamah roti yang dihidangkan sambil meneguk air sirap yang sungguh enak tika mentari menyinar tegak di ubun-ubun. Sindra terus mengelamun tentang kemungkinan yang bakal dihadapi pada hari esok. Lamunannya terhenti setelah ditegur.
“Sindra, kakak mahu balik dulu ya.” Pinta Katy.
“Ok kak, Nanti esok kita jalan sama-sama ya.” Balas Sindra.
Katy pun mengorak langkah. Sesampai di rumah dia terus menapak ke dapur dan memasak nasi. Dia terpinga-pinga mencari sesuatu di setiap sudut dapur. Ecil yang tiba-tiba muncul di pintu dapur itu kehairanan dengan karenah kakaknya yang serba kelam kabut.
“Kakak? Kenapa terburu-buru ni? Tegur Ecil.
“Yayyy terburu-buru semacam..aii... Kau ni adik!Terkejut akak.” Katy melatah tak tentu terus membalingkan mangkuk ke arah adiknya.
“Issh.. kakak ni melampau lah.” Dengus Ecil tidak puas hati.
“Nah kak, ni ikan adik pergi menjala tadi.” Sambil menghulurkan bekas ikan itu kepada kakaknya.
“Letak di meja tu. Kejap lagi kakak buang perut. Adik ambilkan sebuku halia dan serai dekat pagar tu. Kakak mahu buat sup ikan ni.” Jawab Katy.
“Ok.” Ecil pun berlalu.
Sekitar jam 5.40 petang ayah dan ibunya pun pulang rumah. Seperti biasa ibunya akan menyiram pokok-pokok bunga di sekitar rumah manakala ayah akan membawa adiknya untuk memberi makan ayam dan itik sekaligus memasukkan ke dalam reban masing-masing.
“Mak..” Hari ini kakak masak sup ikan.” Sambil tersengih-sengih memulakan perbicaraan dengan ibunya.
“Wah, baguslah. Masak cepat, tidak sabar ni mahu rasa masakan kakak.” Balas ibunya.
“Ok mak.” Balas Katy. “Mak esok, keputusan STPM kakak akan keluar di sekolah, risau ni mak.” Katy mengeluh.
“Sabarlah.” Mama yakin bahawa kakak akan dapat keputusan yang sangat cemerlang. Amin” Ibunya memberi keyakinan kepada Katy.
Bersambung....
