FAKTA 808 : pensyarah yg bergelar doktor berasmara dengan pelajar universiti. Karma telah menjawab semua persoalan tidak kira buatan manusia ataupun rencanaNya.
Prolog
Ecil datang meluru memasuki pejabat Dr. Norhisam. Perasaan dendamnya berkobar-kobar dek lautan api sedang bergelora. Mahu sahaja dicincangnya dengan samurai.
Ecil menyerang Dr. Norhisam dengan penumbuknya. Dr. Norhisam dibelasah secukup-cukupnya. Tanpa disedari darah berlumuran keluar di segenap rongga badan Dr. Norhisam. Ecil tidak dapat mengawal amarahnya. Dendam kesumat yang terbuku dalam hati kini dekeluarkan tanpa berfikir panjang.
Pergelutan dalam pejabat Dr. Norhisam itu disaksikan oleh pelajar-pelajar yang ada pada ketika itu. Pensyarah lain turut menyaksikan insiden yang cukup tragis itu. Beberapa orang sedang menenangkan Ecil. Keadaan menjadi lengang seketika, setelah Dr. Norhisam disahkan pengsan.
Jasad Dr. Norhisam kelihatan sudah tidak bermaya. Tubuh Dr. Norhisam itu diangkat dan terus dikejarkan ke hospital Quen Ellizabeth kerana mengalami pendarahan yang banyak.
Selama dua hari Dr. Norhisam terlantar di Hospital Quen Elizabeth. Setelah sedar daripada koma, Dr. Norhisam terus digari oleh beberapa anggota polis berpangkat koperal yang berjaga di situ. Dr. Norhisam direman untuk membantu siasatan kerana dipercayai terlibat dengan kes kehilangan Siti Khadizah Binti Roslee beberapa bulan yang lalu.
Dr. Norhisam kini duduk di dalam sebuah bilik kebal. Soalan demi soalan diajukan kepada Dr. Norhisam. Namun Dr. Norhisam menafikan setiap dakwaan yang telah difailkan. Dia bersumpah bahawa dia tidak membunuh Katy. Malah berani membuat pengakuan bahawa dirinya tidak terlibat langsung dengan kes tersebut.
Namun semua persoalan telah terjawab setelah kad memori dimasukkan ke dalam pita video. Video-video pendek yang diambil oleh mangsa kejadian saat-saat menghembuskan nafas yang terakhir. Dr. Norhisam hanya tertunduk malu melihat wajahnya sendiri. Dia sedang mengunci pintu dan tingkap rumah Apartment sewa itu.
Pada durasi yang ke 8 minit 8 saat dalam paparan video tersebut, jasad Katy telah lenyap dimamah tanah. Dr. Norhisam telah mengebumikan mayat Katy di belakang apartment sewanya.
Mujurlah Katy sempat merakam dan meletakkan telefon bimbitnya di sebalik tingkap dapur. Pihak forensik telah menjumpai telefon tersebut dan telah merungkai semua bukti untuk membawa Dr. Norhisam ke pengadilan.
Masa hidup Dr. Norhisam semakin singkat. Hanya berbaki 3 minit sahaja lagi. Jam akan menunjukkan tepat pada pukul 8.08 minit pagi. Dr. Norhisam hanya redah dengan hukuman yang dijatuhkan ke atas dirinya itu. Air mata berderai membasahi pipinya sejurus selepas melihat isteri dan anak-anaknya.
Dr. Norhisam telah menjalani hukuman madatori atas tuduhan membunuh sekaligus diikuti dengan pengakuannya dalam keadaan waras.
Jasad Dr. Norhisam terkapai-kapai saat menghembuskan nafas yang terakhir. Selang beberapa minit mayat Dr. Norhisam terus dituntut oleh ahli keluarganya..
Bersambung....
Bersambung....
