FAKTA 808 : BAB 2 :Menjadi fenomena namun dibelenggu kemelut halatuju masadepan
Thankss 4 follow and supporting .. 💜💜 everybody !!.. Cerita ini ada kisah kehidupan dalam universiti yg telah diadaptasi menjadi novel oleh penulis. Dalam cerita ini,banyak memberi pengajaran dan iktibar kita sebaga manusia ygkurang pendedahan, maksudnya kan dulu kita belajar bersungguh sungguh sehinggalah cemerlang dalam akedemik, namun pengaruh media massa, pengaruh rakan sebaya, pengaruh kehidupan bandar, pengaruh pergaulan, akan mengubah diri seseorang secara tidak langsung. Oleh itu berhati hati lah bila keluar dari kepompong kampungan ya khususnya wanita.. Kerana di luar sana orang2 hebat dan berpendidikan sentiasa mengambil kesempatan terhadap orang yg datang dari kampung .. Mereka ambil kesempatan terhadap pangkat, kuasa, harta dan ilmu. Kerana mereka melihat kita ini kuno. Mereka menganggap kita ini kuno.. So cerita ini boleh jadi panduan.. Hati2 dengan zaman generasi Y.
Bab 2
Ufuk mula menyingkap sinar paginya menerusi kebangkitan matahari. Penggera jam meja berbunyi berulang kali. Katy mulai terpisat-pisat biji matanya apabila bunyi penggera jam mengganggu mimpinya.
Katy bingkas bangun menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Katy mengenakan pakaian kebaya yang dihadiahkan oleh ibunya ketika sambutan hari raya lepas.
Seawal pagi ibunya sudah pun bangun. Seperti biasa Anna akan melakukan rutin hariannya iaitu menyiram pokok bunga sementara ayahnya sedang memberi makan kepada haiwan ternakan.
Adiknya pula sedang lena dibuai mimpi. Katy turun dari rumah dan mendapatkan ibunya. Katy memeluk erat dan mencium dahi ibunya. Kemudian Katy pergi ke reban ayam, terpinga-pinga mencari ayahnya. Ayahnya sedang membetulkan sarang telur ayam. Dia bersalam dan memeluk ayahnya.
“Tidak sarapan?” Tanya ayahnya.
“Tidak apa bapa, kakak sudah janji dengan Sindra akan bersarapan di rumahnya.” Jelas Katy.
“Ok, hati-hati kamu.” Pesan ayahnya.
Katy mengorak langkah ke rumah pak ciknya. Sesampai di rumah pak ciknya, Sindra sedang duduk berteleku di anak tangga pertama menunggu kehadirannya.
“Awal bangun.” Sergah Katy menegur sepupunya.
“Eh kakak Katy.” Tegur Sindra. “Ayuh naik, kita sarapan dahulu.” Pelawa Sindra.
Sambil membuka kasut tanpa tumit bewarna coklat jenama Doss, sempat juga dia melihat ke arah jalan raya. Kalau-kalau terdapat rakan sebayanya berjalan kaki ke perhentian bas. Mereka pun naik dan terus menuju ke dapur. Kelihatan Pak Cik Maharin dan Mak Cik Liza sedang menunggu mereka untuk sarapan.
“Assalamualaikum pak cik, mak cik.” Sopan Katy memberi salam kepada kedua mempelai itu.
“Walaikumsalam Katy.” Jawab pak cik Maharin dan isterinya serentak.
“Jemput sarapan, kejap lagi kamu ke sekolah ambil keputusan STPM kamu.” Pelawa Mak Cik Liza.
“Pak cik dan mak cik kamu ni mendoakan semoga anak-anak dan anak buah pak cik akan mendapat keputusan yang sangat cemerlang. Amin.” Sambung Pak Cik Maharin.
” Ok jemput makan.” Pelawa pak cik Maharin.
Keluarga itu tampak bahagia walaupun corak kehidupan yang sangat sederhana. Sungguhpun pakcik Maharin dan ibu Katy adik-beradik namun dia menganggap pakciknya itu seperti ayah kandungnya sendiri.
Setelah selesai sarapan Katy dan Sindra bersiap sedia untuk ke sekolah. Sindra mula resah dan tidak tenteram. Katy tampak bersahaja kerana mereka tidak dapat berbuat apa-apa selepas itu.
Namun semangat mereka mulai bercambah apabila ayah sindra memberi kata-kata semangat. Rezeki ada di mana-mana nasihat pak cik ringkas. Keratan patah perkataan itu terus hinggap dalam benak fikiran. Keyakinan mereka kini beransur pulih.
“Hati-hati kamu.” Nasihat pak cik maharin kepada dua anak dara yang sedang menuruni anak tangga yang cukup usang.
Pak cik Maharin hanya memerhati karenah Katy dan Sindra yang asyik bercerita.
Mereka berjalan menuju ke perhentian bas sambil pak ciknya memerhati sehinggalah kelibat mereka lenyap dari pandangan mata.
Tahniah Siti Khadizah!! Laungan pujian dari rakan-rakan sekelasnya termasuk sepupunya Sindra.
Saat ini merupakan sejarah yang paling indah pernah dialaminya. Atas berkat kesabaran dan usahanya telah menyebabkan pencapaian keputusan STPM yang sangat cemerlang. 3A dan 1B+ merupakan satu pencapaian yang cukup cemerlang.
Kutipan pointer kelas pertama iaitu 3.83 dan merupakan pointer yang kedua tertinggi di sekolah. Matapelajaran Pengajian Am, Bahasa Malaysia dan Geografi telah mendapat gred A manakala Ekonomi Asas mendapat gred B+.
Sindra juga tersenyum puas dengan keputusannya.
Walaupun tidak sebaik keputusan kakak sepupunya, namun dia cukup gembira. 4B+ pencapaian yang cukup baik berbanding dengan keputusan sebelumnya. Sindra memeluk erat kakak sepupunya itu. Hanya tuhan yang tahu kegembiraan mereka berdua pada ketika itu.
Tanpa disedari, air mata berlinangan membasahi pipi mereka. Kepuasan yang cukup menggembirakan bagai terapung-apung di antara langit dan bumi.
“Tahniah kak.” Saya tidak sangka dapat keputusan begini kak.” Sambil melepaskan pelukannya.
“Terima kasih Sindra.” Tahniah juga akak ucapkan.” Balas Katy dengan senyuman sinis yang cukup bermakna.
“fuyoo.. hebatlah Katy dan Sindra.” Tahniah. Tegur Sakri.
Sakri bersama, Idun, dan Aswafiq itu berjalan ke arah Katy dan Sindra. Mereka adalah rakan sekelas di Tingkatan 6. Sakri memang seorang yang sangat kelakar dan selalu dipanggil untuk berjumpa dengan Penolong Kanan Hal Ehwal sekolah. Mereka sentiasa mempunyai masalah disiplin di sekolah itu.
Mereka merupakan kumpulan yang selalu buat lawak dalam kelas tatkala cikgu mengajar. Sehingga pada satu ketika mereka telah dihalau keluar dari kelas kerana tersilap mengajuk ketika cikgu Ekonomi sedang mengajar.
Namun keputusan mereka dalam matapelajaran tersebut telah menjadi kejutan di seluruh sekolah. Pengetua sekolah itu sendiri tidak menyangka dengan pencapaian mereka yang sungguh memberansangkan.
Sedangkan selama ini mereka bakal-bakal dibuang sekolah atas kesalahan tertentu. Sakri dan rakan-rakannya telah mendapat gred A dalam matapelajaran Ekonomi Asas.
Betullah kata orang tua-tua, jangan menilai manusia hanya berlandaskan luaran sahaja, nilailah mereka dalam pelbagai sudut. Itulah hakikat kehidupan manusia yang penuh pancaroba.
“Aikk.. Pilul mana?” Katy bertanya sambil mengangkat kening.
“haha… macam kau tidak tahu.” Biasalah dia tu asyik mengurat.” Jelas Sakri spontan.
“Katy.. lepas ni kamu pergi mana.” Soalan keluar dari mulut Aswafiq.
“Balik.” Jawab Katy ringkas.
“Oh.. adik kamu mana?”Aswafiq bertanya lagi sambil tersenyum.
“Dia di rumah juga tu. Masih tidur lagi.” Jelas Katy kesal.
“Oh.. tidak apa. Bagitahu dia petang nanti main bola.” Jelas Aswafiq.
“Ok.” Jawab Katy menutup bicara.
Sindra sedang asyik melayan karenah sakri dan Idun. Ketawa yang tidak tertahan kerana ragam spontan yang dibuat oleh mereka. Ada sahaja idea yang luar biasa akan dilakonkan oleh Sakri dan Idun di hadapan raka-rakan mereka yang lain.
Walaupun mereka merupakan pelajar yang mempunyai masalah disiplin di sekolah namun mereka tetap disukai ramai kerana kelakar.
“Bah jom.” Pelawa Pilul yang tiba-tiba muncul dari belakang.
“Ke mana?” Tanya Aswafiq.
“Aii.. pekan lah, mana lagi. Lepak-lepak dulu kita sebelum balik. Jelas pilul dengan penuh keyakinan.
“Bha jom..” Sakri dan Idun menjawab serentak.
“Haha.. ok bha.” Ringkas sahutan Aswafiq.
Mereka pun berjalan menuju ke pintu utama sekolah. Katy dan Sindra juga beredar menuju ke pintu utama sekolah. Mereka duduk di perhentian bas yang berada berhampiran dengan pintu utama sekolah.
Rimbunan daun menghijau menyerap sinar matahari untuk proses fotosintesisnya. Keindahan sekitar sekolah itu cukup mempersona dengan tumbuhan semula jadi yang tampak subur. Kicauan burung dibuai dengan deru angin saling bersahutan membentuk irama yang sangat menarik.
Kelihatan seekor tupai sedang berjalan menyusur wayar elektrik. Pelbagai figura yang terjadi pada hari itu. Kedengaran suara manusia menjerit menyaksikan sekawan lagi tupai sedang bergelut dengan anjing yang cuba merebut makanannya.
Itulah keunikan dan kehebatan ciptaan tuhan. Sekawan tupai yang hanya bergelar binatang mampu berkerjasama untuk puak mereka.
“Hai Katy.” Insyirah menegur dengan sopan.
“Hai Insyirah. Dari mana kamu muncul?
Balas Katy dengan riak wajah kehairanan.
“Saya dari dalam sekolah. Wah tahniah
Katy. Kamu memang hebat.” Insyirah meneruskan perbualan.
“Tahniah Katy!!.” Serentak Latifah, Laili, Busroh dan Ainul memuji Katy. Mereka merupakan kawan rapat kepada Insyirah. Mereka berlari anak menuju ke tempat Katy.
“Saya sungguh kagum dengan kamu Katy.” Sekali lagi Insyirah memuji Katy.
“kami semua mendapat keputusan alakadar sahaja.” Insyirah tunduk rasa kesal.
“Sabar Insyirah, rezeki ada di mana sahaja.” Jelas Katy sesekali teringat akan pesan pakciknya yang cukup dalam maknanya.
Sambil menepuk bahu dan menghulurkan tangan bersalam dengan kawan-kawan Insyirah.
“Tidak apa, nanti kita memohon masuk universiti sama-sama ya.” Katy menyuntik semangat Insyirah dan kawan-kawannya.
Sindra yang dari tadi hanya memerhati gelagat mereka.
Insyirah dan kawan-kawannya pergi bersalaman dengan Sindra dan duduk di bangku yang sama. Mereka juga ingin menunggu bas.
Tidak lama kemudian, hon sebuah bas mini kedengaran dari arah pekan. Kelihatan semua pelajar tingkatan 6 yang sedang menunggu itu berdiri melihat nama lokasi yang tertulis di dinding bas tersebut.
“Kampung Daramakan, Kampung Nalampai” kondaktor bas menyebut berulang kali untuk menarik penumpang.
Katy dan Sindra menapak masuk ke dalam bas. Insyirah dan kawan-kawannya juga naik bas yang sama. Bas itu pun pergi.
Sesampai di rumah, katy terus melepaskan tudung dan berlari turun tangga.
Katy terus berlari menuju ke kebun untuk mencari kedua orang tuanya. Katy ingin melepaskan kegembiraannya bersama ibu dan ayahnya. Dari jauh Katy menjerit memanggil ibu dan sesekali memanggil ayahnya.
“Mak..!!!” Mak..!! Ayah..!! Mak..!! jerit Katy.
“Ke..kenapa..? kenapa ni?” Ibu Katy yang sedikit terkejut dengan tindakan Katy itu.
“Kenapa tak pakai selipar?” Ibunya mendengus.
“Kakak dapat keputusan cemerlang mak.”
Katy terus memeluk ibunya dan menangis.
“Alhamdullillah nak, tahniah. Sudahlah, mari balik. Panggil bapa kamu.” Ibunya melepaskan pelukan.
“Ayah.. jom balik. Ayah, kakak dapat keputusan yang cemerlang!!” jerit Katy berlari meluru memeluk ayahnya.
Mulut ayahnya terngangah tidak tahu apa-apa. Katy terus memeluk ayahnya yang belum pun sempat meletakkan tangki penyembur racun rumput.
Selang beberapa saat ayahnya baru sedar bahawa anaknya berada dalam dakapannya. Ayahnya membelai halus rambut sambil mengesat air mata Katy.
“Ayah, kita baliklah.” Pinta Katy sambil melepaskan tangannya yang berpaut pada leher ayahnya.
“Tahniah nak, sesungguhnya Allah itu maha adil dalam segala percaturannya.” Kata ayahnya sambil menyusun tangki penyembur racun rumput itu di bawah pokok pisang.
Tiga beranak itu berpelukan sekali lagi. Hanya flora dan fauna menyaksikan drama spontan keluarga itu. Kegembiraan kedua orang tua Katy tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya tuhan yang tahu. Mereka pun mengorak langkah menyusuri denai untuk pulang rumah.
Sesampai rumah, keluarga kecil itu membersihkan diri. Ecil yang baru sahaja bangun dari tidur terus memeluk kakaknya. Orang tua mereka hanya menyaksikan ragam dan telatah anak mereka. Bagai aur dengan tebing hubungan dua beradik yang lahir dalam kalangan keluarga yang serba sederhana itu.
“Ecil, pergi tangkap ayam. Nanti ayah sembelih.” Pinta ayahnya.
“Berapa ekor?” Sahut Ecil mohon kepastian.
“Tangkap 12 ekor, ingat pilih yang gemuk dan jangan tangkap indungnya.” Jelas ayahnya.
“Ok pa.” Jawab Ecil ringkas dan penuh makna.
Selepas solat Isyak, ramai tetamu yang datang ke rumah Katy. Majlis kenduri sebagai tanda kesyukuran atas pencapaian Katy yang sangat cemerlang dalam peperiksaan STPM. Keluarga pakcik Maharin juga turut hadir serta penduduk kampung yang lain. Sungguh meriah majlis itu berlangsung walaupun alakadar.
“Tahniah Katy!!” Anak buah pacik memang hebat.” Sapa pacik maharin.
“Makasih pacik. Jemput makan pacik.” Sahut Katy.
“Kakak, nanti kita isi UPU sama-sama ya.” Pinta Sindra.
“InsyaAllah..” jom makan. Pelawa Katy.
Suasana riuh dan gelak ketawa masih terngiang-ngiang di gegendang telinga Katy. Dia melihat jam pada telepon bimbit jenama Samsung SIIInya itu telah menunjukkan jam 2.47 pagi. Telepon bimbitnya itu cukup canggih pada masa kini.
Telepon itu merupakan hadiah daripada ayah dan ibunya. Katy tersenyum puas dan menekan kunci teleponnya sambil membetulkan badan yang sejak tadi berbaring mengelamun.