FAKTA 808 : BAB 6 : angka 808 musuh minda
Name : Norhisam Bin Lajuin Whatsapp : 012 818 6190 Twiiter : @makandara69 Instagram : official_norhisam Facebook : Norhisam Lajuin (h.isyam@yahoo.com) Yahoo mail : Nor_hisam92@yahoo.com Gmail : Syameyza928@gmail.com Wattpad : @official_norhisam Thanks, dont forget to subcribe my blog and follow every single story!!
BAB 6
Tepat jam 2 petang mereka sampai di bandaraya Kota Kinabalu. Di kawasan bandaraya Kota Kinabalu hanya terdapat empat tempat panggung wayang iaitu kompleks membeli belah One Borneo (1B), kompleks Centerpoint (CP), Kompleks Suria Sabah dan Kompleks Imago, serta kompleks Oceanus.
Pusat membeli belah ini cukup terkenal kedai jenama mahal. Di samping itu juga, kompleks membeli belah ini juga terkenal dengan pusat rekreasi yang amat menarik perhatian.
Kereta yang dipandu oleh Dr. Norhisam menuju ke kompleks membeli belah Imago. Dari jauh, kelihatan berdiri kukuh tersergam indah bangunannya. Diperbuat daripada konkrit yang cukup halus.
Dindingnya memperlihatkan seni yang cukup bermakna untuk menunjukkan identity Imago. Sekitarnya dihiasi dengan air pancut yang cukup memadai berkonsepkan tema klasik.
Di satu sudut terdapat parkir motorsikal yang dipagari dengan tembok dan juga rantai. Memang cukup selamat untuk mereka meletakkan motorsikal di situ.
Imago merupakan pusat membeli belah yang baru sahaja dirasmikan pada bulan Februari 2015 oleh Dato’ Seri Panglima Musa Hj. Aman merangkap ketua menteri Sabah.
Menurut statistik, Imago merupakan pusat membeli belah yang paling terbesar mengalahkan kompleks membeli belah One Borneo 1B.
Katy dan Dr. Norhisam menapak masuk ke dalam kompleks membeli belah itu. Dari jauh terasa kedinginan penghawa dingin yang keluar dari pintu utama. Kedinginan itu seolah-olah mengambil kesempatan untuk meloloskan diri dari dalam kompleks itu.
Mereka berjalan bersama menaiki tangga bergerak untuk sampai ke tingkat atas. Katy tersenyum sendiri.
Terasa kepuasan yang meluap di hatinya. Selama ini dia tidak pernah menjejakkan kaki ke pusat membeli belah seperti ini. Maklumlah budak kampung, mustahil bagi dirinya untuk ke pusat seumpama itu ketika masih berada di kampung dahulu.
Tanpa disedari tangannya dipimpin oleh Dr. Norhisam itu. Hatinya berputik dan terasa dirinya tearpung di awangan. Bagai pokok ros yang mekar bunganya. Semangat Katy membuak-buak mungkin sentuhan tangan Dr. Norhisam yang cukup halus.
Terasa dirinya disayangi oleh gurunya itu.
“Katy mahu tengok filem apa?” soalan itu keluar dari mulut Dr. Norhisam.
“Ikut Dr. lah mahu tengok apa. Saya ni okey jak.” Jawab katy.
“Katy jangan panggil Dr. di sini please.” Dr. Norhisam merayu.
“Habis tu, panggil apa?” balas Katy.
“Laa, Ikut suka Katy lah. Panggil abang ka, panggil sayang ka, opps tidak maksud saya apa-apa yang sesuai dan tidak menyusahkan lidah Katy memanggil saya.” Jelas Dr. Norhisam.
Katy tersenyum puas dengan cadangan yang diutarakan Dr. Norhisam itu. Terasa bahagia hendaknya. Teringatkan drama romantik melayu yang dibintangi oleh Lisa Surihani, Maya Karin dan Aron Aziz dalam filem yang berjudul Ombak Rindu. Drama tersebut telah memecahkan panggung pada tahun 2012.
“Yang tu?” Katy mencadangkan filem untuk ditonton sambil menuding jari ke arah monitor berhampiran dengan meja kaunter.
“The Fast & Furoius tu kah? Jelas Dr. Norhisam menyebut Tajuk filem tersebut.
“Boleh juga kalau Katy mahu tengok. Pernah tengok The Fast & Furoius sebelum nie kah?” sambung Dr. Norhisam bertanya.
“Belum lagi.” Jawab Katy ringkas.
“Oh okey, abang beli tiket yang ini lah.” Dr. Norhisam mengiyakan cadangan Katy itu.
“Warna Hijau tempat duduk yang kosong bos.” Jelas pelayan yang menjaga kaunter pembayaran tersebut.
“Bagi no 10 dan no 9 baris no dua belakang sekali.” Jawab Dr. Norhisam.
Katy hanya terpinga-pinga dengan perbualan antara mereka berdua. Katy langsung tidak tahu apa-apa prosedur pembelian tiket wayang ini. Mujurlah dirinya dipelawa oleh Dr. Norhisam untuk bersama-sama menonton wayang pada hari itu.
Katy mulai dilamun cinta dengan jejaka yang sudah mencecah 30-an itu. Dia agak tertarik dengan perwatakan demi perwatakan yang dipamerkan secara spontan oleh Dr. Norhisam.
Perwatakan Dr. Norhisam itu mungkin dipengaruhi oleh faktor usia. Mungkin juga pengalaman yang ditimba selama dia hidup di muka bumi ciptaan-Nya. Dr. Norhisam cukup prihatin senang didampingi untuk berkawan.
Jam menunjukkan tepat jam 5.20 petang. Dr. Norhisam membayar dan Mengambil tiket tersebut. mereka pun menapak keluar dari kaunter tersebut.
“Wayang The Fast & Furoius start jam 6.30 petang nanti.” Jelas Dr. Norhisam kepada Katy.
“Oh, Jam 6.30? kenapa abang tidak beli tiket jam 5.30 jak?” Katy menafikan masa tersebut.
Dr. Norhisam hanya tersenyum memandang wajah cantik Katy. Katy yang baru perasaan situasi tersebut terus tunduk malu. Dia tidak dapat bertentang mata dengan Dr. Norhisam itu.
Sekiranya dia terus bertentang mata dengan pensyarahnya itu, dia akan cair dengan pandangan mata gurunya.
Wajah Dr. Norhisam Hampir seiras dengan aktor Hollywood iaitu Daniel Craig dalam filem yang berjudul Skyfall. Daniel Craig memegang watak sebagai James bond dan lebih dikenali sebagai 007 dalam filem tersebut.
Katy cukup kenal dengan pelakon James Bond itu. Ayahnya pernah memesan supaya membeli CD filem James Bond seberapa banyak yang boleh untuk dibawa balik kampung. Katy pun turut serta meminati aktor tersebut dengan kehebatannya memegang watak hero itu.
Siapa tidak meminatinya kerana James Bond mampu menyelematkan mangsa daripada penjahat dengan bergaya.
Dr. Norhisam memimpin tangan katy berlegar-legar di kompleks Imago itu.
Terasa kehangatan sentuhan tangan Dr. Norhisam. Sungguh bahagia air muka Katy apabila dilihat secara luaran. Mereka berjalan dari kedai ke kedai mencari sesuatu.
Entah apa objektif Dr. Norhisam membawa Katy memasuki di setiap kedai. Kompleks beli belah Imago ini memperlihatkan kemewahan dari segenap sudut. Dengan kedai yang berjenama seperti Lacoste, Polo Ralph, Levis dan terdapat bar ala-ala Brazil yang berada di tingkat 3.
Perjalanan mereka tersekat di sebuah kedai jam tangan. Pelbagai jenis jam yang dijual di kedai tersebut. tidak asing lagi bagi jenama-jenama seperti Rolex, Bonia, Casio dan G-Shock.
Terkejut Katy melihat harga jam G-Shock yang terpampang itu. Jam seperti yang dipakai oleh Dr. Norhisam bewarna putih itu cukup menyerlah. Namun orang-orang yang kurang berkemampuan sudah semestinya tidak dapat memilikinya.
Dr. Norhisam meminta pekerja kedai itu mengeluarkan jam G-Shock bewarna putih itu. Dr. Norhisam mempelawa Katy untuk memakainya di tangan kanan.
Katy masih kebingungan dengan kehendak pensyarahnya. Katy tidak berani untuk memakainya. Katy merasakan dirinya tidak layak untuk memakai jam tersebut.
Namun Dr. Norhisam memakaikannya sendiri di pergelangan tangan kanan Katy.
Katy hanya membiarkan tindakan Dr. Norhisam. Tidak terdaya bagi dirinya untuk bergelut tidak membenarkan jam itu hinggap di tangannya.
Maklumlah tenaga wanita lebih lemah berbanding dengan tenaga lelaki. Dr. Norhisam mengeluarkan Dompetnya.
“Berapa tu?” Tanya Dr. Norhisam kepada pekerja kedai jam itu.
“850 ringgit bos.” Jawab pekerja kedai itu.
“Nah.” Dr. Norhisam menghulurkan kad CIMB banknya untuk melakukan pembayaran.
Pekerja itu menyucukkan kad CIMB ke mesin pengimbas dan menekan menekan beberapa butang kkekunci. Selang beberapa minit, Dr. Norhisam diminta untuk menandatangan resit pembayaran itu.
Mereka pun menapak keluar dari kedai jam tersebut. Katy masih tidak faham dengan tindakan melulu Dr. Norhisam itu. Namun Dr. Norhisam acuh tak acuh sahaja tanpa menghiraukan reaksi wajah Katy. Katy tidak berani untuk memakai jam tersebut kerana bukan duitnya.
“Jam berapa suda?” Dr. Norhisam bertanya.
“Ja..jam 6.23 petang.” Jawab Katy tergagap-gagap.
“Nah, 7 minit lagi filem The Fast & Furoius bermula. Jom kita patah balik ke atas. Nanti tak sempat kita menonton.” Sambil menarik tangan Katy dan berlari anak,
Katy tidak sempat berkata apa-apa. Dr. Norhisam cukup pantas membuat keputusan tanpa memikirkan hal-hal yang bakal berlaku di hadapan. Mereka berdiri menunggu di luar dewan no 4.
Dewan itu dibanjiri oleh orang yang turut membeli tiket The Fas & Furoius itu. Filem tersebut cukup popular selepas pelakon utama yang mendampingi aktor Vin Diesel itu meninggal dunia selepas insiden kemalangan di New York.
Paul Walker merupakan gandingan pelakon utama yang cukup dikenali di seluruh dunia dengan watak FBI telah beralih menjadi penjenayah yang paling ditakuti.
Belum pun sempat menghabiskan penggambaran filem The Fast & Furious 7 itu, Paul Walker telah meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan besar.
Kereta Ferrari yang dipandunya itu merempuh pokok yang berada di perantara jalan raya. Sesungguhnya tiada sesiapa yang mampu menghalang kehendak-Nya.
Tepat jam 9.00 malam filem The Fast & Furoius telah pun tamat ditayangkan. Ramai suara sedang bergema mengulas kembali wayang tersebut. Komen positif antara suara ramai yang keluar dari mulut penonton.
Lebih mengasyikkan watak Tyrese Gibson sebagai Roman itu banyak memainkan watak Komedi. Pelbagai lawak yang dipersembahkan olehnya. Katy dan Dr. Norhisam turut teruja dengan persembahan filem tersebut.
Katy tergelak bila teringat kembali watak Roman ketika kumpulan mereka sedang berbincang untuk berkerjasama dengan pihak polis membanteras penjenayah Shawn.
Roman beria-ia meminta pinjam duit syiling dari rakannya Crhis ‘Ludacris’ Bridges sebagai Tej untuk membeli aiskrim. Sedangkan mereka sedang mesyuarat tergempar.
Dr. Norhisam merangkul pinggang katy. Mereka berjalan seiring keluar dari pawagam itu. Mereka bagaikan pasangan kekasih seperti anak muda yang lain. Katy merasa ganjil dengan tindakan pensyarahnya itu
Namun dia membiarkab sahaja. Memandangkan katy semakin kemaruk dengan perasaan cintanya. Dia mendambakan kasih sayang daripada seorang insan yang bergelar kekasih.
Katy mengkhayal seketika.
Dia membayangkan hidupnya bersama seorang teman yang sentiasa memberi perhatian kepadanya. Sentiasa berada di sampingnya ketika susah dan senangnya. Sekurang-kurang dia boleh melegakan serba sedikit masalah yang mengganggu fikirannya.
Dengan tidak semana-mana Katy juga merangkul pinggang Dr. Norhisam. Dr. Norhisam hanya tersenyum dengan tindakan Katy. Katy merangkul pinggang Dr. Norhisam atas pengaruh imaginasi.
Setelah menyedari tangannya berada di pinggang Dr. Norhisam, laju sahaja dia melepaskan. Dia berasa malu dengan tindakannya itu. Namun Dr. Norhisam bersahaja dan tangannya tetap seperti tadi.
Mereka berjalan keluar dari kompleks membeli belah. Katy tidak tahu di mana lagi hala tuju mereka selepas ini. Perasaannya tetap gembira kerana sepanjang hari ini perjalanan hidup berjalan dengan lancar walaupun bukan dalam rancangan.
Lebih-lebih lagi dia telah dibelikan jam mahal. Amat berat hatinya untuk menerima pemberian itu namun dipendamnya sahaja dalam hati. Takut nanti Dr. Norhisam akan berkecil hati.
Enjin kereta Mitsubishi Lancer berderum sejurus selepas dihidupkan enjin. Kereta Dr. Norhisam cukup esklusif dan berjenama.
Aksesori kereta tersebut sungguh mewah dikenakan lagi dengan warna tema kereta iaitu warna merah. Ala-ala kereta sport. Rim tayar kereta jenama 5 Zigen.
Dinding kereta dihiasi dengan pelekat Formula 1, logo Ferrari, Nissan GTR serta logo Petronas. Katy mengandaikan Dr. Norhisam peminat sukan lumba kereta.
Wajah Lewis Hamilton kini bermain dalam mindanya. Mereka menjadi jutawan kerana sukan Lumba kereta di litar Formula 1.
Persoalan bermain di minda Katy, bagaimana aktor Vin Diesel atau Dominic Toretto menerjang pencakar langit Etihad Tower yang berada di Abu Dhabi United Arab Emirates. Persembahan cukup mengagumkan walaupun itu hanyalah manipulasi alam maya.
Kurang perbualan antara Katy dan Dr. Norhisam ketika dalam perjalanan. Malam umpama siang. Begitu suasana bandaraya Kota Kinabalu pada waktu malam. Gemerlapan lampu yang terpasang di segenap sudut bandaraya itu.
Suasana yang sungguh meriah bila menjelang malam. Ramai anak-anak muda yang menjadi kutu rayau di kota itu. Kelipan lampu neon di beberapa blok bangunan seperti lampu parti. Mungkin itu adalah blok bagi pub atau bar yang terdapat di bandaraya Kota Kinabalu.
Saat matahari terbenam semuanya beroperasi.
“Jom Katy.” Dr. Norhisam memperlawa Katy keluar dari kereta.
“Aii, kita ke mana pula ni? Tanya Katy kehairanan. Kereta Dr. Norhisam itu berhenti tepat di hadapan bangunan yang cukup tinggi di bandar itu.
Setelah keluar, Katy melihat sekeliling. Bangunan yang tersergam indah di hadapan matanya itu adalah hotel Meridian. Di hadapan hotel terdapat pasar yang masih riuh rendah dengan urusan perniagaan. Para penjaja rokok berdiri sepanjang hari mencari pelanggan. Itulah rutin masyarakat kota untuk meneruskan hidup.
Dr. Norhisam pun menapak sambil memimpin tangan Katy menuju ke hotel Meridian. Katy tidak tahu niat sebenar pensyarahnya itu. Katy tidak terfikir akan impak negatif yang bakal menimpa dirinya.
Dr. Norhisam terus menuju ke kaunter pertanyaan sementara katy duduk di sofa yang terdapat di foyer hotel itu. Katy hanya memerhati Dr. Norhisam dari tempat duduknya.
Dr. Norhisam sedang berbicara dengan perempuan yang sedang duduk di hadapan kaunter itu. Penampilan perempuan seolah-olah seperti paramugari kapal. Tidak lama kemudian, Dr. Norhisam mengeluarkan dompetnya dan membuat pembayaran.
Selang beberapa minit, Dr. Norhisam memanggil Katy. Dr. Norhisam memimpin tangan Katy dan mereka menapak memasuki lif.
Dr. Norhisam menekan butang tutup dan menekan nombor 8. Ting bunyi isyarat lif telah sampai di tingkat 8.
Mereka menapak keluar dan mengorak langkah mencari bilik. Katy semakin gelisah dengan tindakan Dr. Norhisam itu.
Namun nalurinya tetap berfikiran positif tanpa syak wasangka buruk terhadap gurunya. Dr. Norhisam mengimbas pintu bilik dengan kad yang diberikan di kaunter tadi.
Katy terus memandang Dr. Norhisam dengan pandangan yang tajam. Perasaan Katy semakin risau kalau dia diapa-apakan oleh Pensyarahnya.
Namun Dr. Norhisam hanya bersahaja melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. 808 merupakan nombor bilik tersebut. Hari itu merupakan hari yang paling malang bagi Katy.
Katy menangis semahu-mahunya atas apa yang telah menimpa dirinya itu. Nombor 808 merupakan dalang segalanya.
Nombor itulah yang menjadi saksi mahkota suci diragut oleh nafsu serakah sang jantan. Katy hanya menerima kenyataan.
808 telah menyebabkan dirinya bergelumang dengan dosa. Katy bukan lagi seperti gadis-gadis lain. Katy menganggap dirinya sampah masyarakat. Perasaan bencinya terhadap lelaki yang menodainya kini mengganggu fikirannya.
Entah kenapa dia merelakan semua itu berlaku. Walaupun begitu, dia tidak menyalahkan Dr. Norhisam memandangkan perasaan cintanya terhadap jejaka itu semakin meluap-luap.
Jejaka yang Berjaya meragut daranya itu kini menjadi watak utama dalam hidupnya. Di saat dia menghadapi masalah, pensyarahnya adalah orang pertama akan membantu dirinya itu. Baik dari segi kewangan, tunjuk ajar dan sebagainya.
Seminggu telah berlalu, Katy masih mengenangkan nasib malang yang menimpa dirinya di bilik nombor 808 itu.
Selepas keputusan STPM menjadi sejarah yang paling bahagia dalam hidupnya, muncul pula adegan lain yang lebih parah dan bersejarah itu.
Melebihi kepada status sejarah hitam. Namun semua perasaan negatifnya tersekat apabila mengimbas kembali jasa demi jas yang dikorbankan oleh Dr. Norhisam.
“Sayang, jangan takut. Seandainya ada apa-apa berlaku kepada diri sayang, jangan risau abang akan bertanggungjawab semuanya.” Pujuk Dr. Norhisam ketika tidur di samping Katy di hotel Meridian.
“Bukan sayang tidak percayakan abang, cuma sayang takut kalau mengandung,” Balas Katy sambil mengesat air mata yang kian bercucuran.
“Kan abang ada di sampingmu.” Jelas Dr.
Norhisam meyakinkan Katy.
Mereka berbalas senyuman. Maka bermulalah asmara dek pasangan yang baru sahaja meraihkan taktha raja sehari. Namun mereka tidak mempunyai hubungan yang halal.
Saat itulah Katy dibuai asmara yang sungguh mengasyikkan. Semua kenangan manis dan pahit bermula di bilik nombor 808 itu. Sesungguhnya nombor itu menjadi misteri dalam hidup Katy.
Katy hanya redah dengan ketentuan-Nya. Kadangkala katy terusik ketika terkenangkan peristiwa di pantai Tanjung Lipat. Ketika itulah jejaka seiras dengan Daniel Craig menunjukkan sikap lemah lembut untuk memujuk dirinya.
Selang sebulan, Katy telah pun datang bulan. Katy hanya mampu tersenyum kerana dia yakin dan pasti bahawa dia tidak akan mengandung.
Kalau tidak, maka lahirlah anak yang berbinkan Norhisam atau Daniel Craig. Gurau hatinya sambil tersenyum sendirian.
