FAKTA 808 : BAB 3 bermula kehidupan seorang mahasisiwi
Name : Norhisam Bin Lajuin Whatsapp : 012 818 6190 Twiiter : @makandara69 Instagram : official_norhisam Facebook : Norhisam Lajuin (h.isyam@yahoo.com) Yahoo mail : Nor_hisam92@yahoo.com Gmail : Syameyza928@gmail.com Wattpad : @official_norhisam
Thanks, dont forget to subcribe my blog and follow every single story!!
Bab 3
Tring.. tring.. bunyi penggera jam berulang-ulang. Jarum jam menunjukkan tepat pada nombor 6. Nampaknya Katy sungguh letih kerana semalaman mengurus hal peribadinya dalam kampus. Seawal jam 7 pagi ayah dan ibu Katy telah mengejutkannya dari tidur.
Dia baru teringat bahawa hari ini merupakan hari yang paling istimewa dan hari yang sungguh mendebarkan hatinya. Hari ini merupakan sejarah yang bakal menjadi kenangan paling manis dalam ingatannya. Katy bergegas ke bilik air dan membersihkan badan. Sesudah itu Katy memakai pakaian yang paling sesuai untuk hari tersebut.
Meja kayu klasik yang diperbuat daripada kayu belian. Ketahanan kayu belian cukup terkenal di negara ini mahupun Indonesia. Kesukarannya untuk reput menjadi faktor kepada penawaran harga tinggi di pasaran dunia.
Warna biru bersalut lukisan pemandangan pantai menjadi. Tema tersebut menjadi pilihan ibunya sebagai alas kepada rangka kayu belian itu. Selang beberapa minit selepas selesai mempersiapkan diri, Katy bersama keluargannya bersarapan bersama-sama.
Wap kopi yang masih panas itu sedang melakukan proses pemejalwapaan. Empat biji cawan kaca jernih tersusun di samping jug kopi yang berada di tengah-tengah.
Seperti hari-hari biasa, suasana alam begitu meriah dan ceria. Saat fajar menyinar, burung dan unggas pagi berterbangan dan melompat keriangan. Pelbagai kombinasi bunyi yang terhasil mewujudkan simponi alam semula jadi.
Kelihatan beberapa jenis rama-rama hinggap dari bunga ke bunga halaman rumah. Lebah dengan rutinnya tersendiri. Menghisap madu pada bunga rumput semalu. Itulah kehebatan ciptaan tuhan. Matahari terbit dengan cerah menghangatkan lagi suasana pada hari itu.
“Katy, jom p fakulti.” Pelawa Anis sambil melemparkan senyuman sebelum menapak keluar.
“Okey Anis.” Jawab Katy ringkas.
Pelawaan itu telah menghentikan lamunan Katy yang masih duduk di birai katil. Anis merupakan rakan sebiliknya dalam hostel. Anis antara orang pertama yang menjadi sahabat Katy di Universiti. Anis belajar dalam jurusan sains dalam bidang matematik.
Sementara Katy pula berada dalam jurusan seni bidang sastera penulisan. Mereka berkenalan semalam selepas program orientasi kepada pelajar baharu. Mereka merupakan pengambilan yang ke-17 untuk kemasukan ke Universiti Malaysia Sabah.
Katy menapak ke bilik air untuk mempersiapkan diri. Empat buah tandas dan sebuah bilik mandi disediakan untuk bilik mereka. Tiga keping cermin selebar 30 inci melekat di dinding. Setelah selesai mempersiapkan diri Katy pun menapak keluar dari biliknya.
Dia mengorak langkah ke perhentian bas yang tidak jauh dari asramanya. Fikiran Katy masih melayang-layang teringatkan keluarganya.
Setelah sampai Fakultinya, dia tidak tahu berbuat apa. Mujurlah masuk universiti boleh juga membaca segala petunjuk yang masih baru bergantung. “Pelajar tahun 1 jurusan seni bidang sastera penulisan diminta berkumpul di Dewan Kuliah Peperiksaan 1 (DKP 1)”. Katy membaca satu poster bergantung di hadapan fakultinya. Sejurus selepas itu, Katy menapak mencari DKP 1 itu.
Seramai 120 orang yang sedang duduk dalam DKP 1 itu. Semua pelajar yang berada dalam DKP 1 itu merupakan jurusan yang sama dengan Katy.
“Wah, ramai juga yang suka dengan jurusan.” Hati Katy berbicara sendiri.
Katy pun duduk di salah sebuah kerusi yang masih kosong yang berada di belakang. Di hadapan pentas yang berbentuk okestra itu terdapat beberapa orang sedang duduk di bangku hadapan menghadapa para pelajar.
Seramai 12 orang kesemuanya, 6 orang lelaki dan selebihnya perempuan.
Tidak lama selepas itu, salah seorang daripada mereka yang duduk di hadapan itu tampil ke meja berucap dan memperkenalkan dirinya. Kelihatan segak dan tampan lelaki yang berucap itu.
Suara yang lantang dan cukup menakutkan reaksi mukanya ketika marah. Rupa-rupanya mereka yang duduk di hadapan itu adalah merupakan pensyarah yang akan memberi tunjuk kepada para pelajar tahun 1 nanti.
Kali pertama Katy masuk kelas dalam matapelajaran tarian. Matapelajaran ini cukup mencabar baginya. Hatinya tergelak kecil dengan matapelajaran itu. Banyak persoalan yang timbul dalam fikirannya. Bagaimana hendak mendapatkan pekerjaan bila sudah habis pengajian.
Katy diselubungi dengan perasaan risau dengan masa depannya.
Kini kepercayaanya terhadap teori orang kampung pun meninggi dalam diri. Belajar di universiti pun belum tentu mendapat pekerjaan. Perasaan menyesal kini menguasai dirinya kerana tidak patuh akan nasihat orang-orang kampungnya dulu.
Namun semuanya telah terlambat kerana dia telah pun bersetuju untuk meneruskan pengajiannya itu. Kesemua pelajar dalam kelas tersebut diarahkan oleh pensyarah berjoging dan memanaskan badan sebelum mereka memulakan kelas.
Kelihatan pelajar yang lain sangat seronok pada kelas hari pertama itu. Kehidupan sebagaai seorang mahasiswa dan mahasiswi sememangnya seronok. Pelbagai bangsa dan suku kaum dikenalinya dengan lebih rapat lagi. Katy juga mengenali ramai pelajar dari luar negara.
Selang beberapa jam, kelas tarian untuk hari pertamanya itu sampai ke penghujungnya. Katy bingkas bangun dari tempat duduknya. Dia menapak keluar pergi mencari cafeteria untuk mengisi perut. Sambil berjalan jari Katy sedang asyik bermain dengan telepon bimbitnya.
Tepat jam 11.00 pagi suasana seluruh kampus UMS itu sangat riuh. Terlalu ramai pelajar yang sedang berjalan. Gelak ketawa antara satu sama lain. Terdapat beberapa puak pelajar yang mungkin baru sahaja berkenalan.
Kemungkinan juga antara mereka adalah kawan lama dari sekolah lama. Di seberang jalan sekawan pelajar Cina saling mengusik antara satu sama lain. Sungguh besar jurang perbezaannya ketika masih belajar di peringkat STPM.
Perhentian bas yang berdiri teguh tepat di hadapan sekolahnya itu penuh dengan pelajar yang sedang menunggu bas.
Katy melihat kiri dan kanan, kemudian mengorak langkah ke seberang jalan. Dia meneruskan perjalaanannya melalui laluan pejalan kaki yang disediakan itu.
Mujurlah laluan itu teduh daripada sinar sang suria. Rindunya mencanak-canak terhadap keluarganya di kampung. Telatah adik lelakinya sering menjadi penghibur hatinya. Dia terkenangkan perwatakan adiknya yang sentiasa ingkar arahan. Namun lamunannya terhenti.
Telepon bimbitnya berdering menamatkan leka dan lemunannya dek keseronokan di kampung. Katy cepat-cepat menekan butang menjawab panggilan masuk pada telepon bimbitnya.
“Hello Anis, ko di mana sudah?” Tanya Katy.
“Hello Katy, kita makan kat library je lah. Anis takut tak sempat masuk kelas jam 1.00 nie. Boleh tak?” Rayu Anis.
“Okey Anis.” Jawab Katy ringkas.
Anis merupakan rakannya yang berasal dari tanah seberang iaitu Negeri Sembilan. Sungguh berbudi Bahasa orangnya. Oranngnya bertubuh kecil tetapi tinggi dan mempunyai rupa paras yang sungguh menawan.
Katy sekali lagi melintas jalan raya simpang ke pepustakaan universiti itu.
Sesampai di kafeteria perpustakaan, Katy membeli air mineral. Keletihan berjalan dari fakultinya. Suasana riuh persis pasar ikan dalam kafeteri itu sungguh mengganggu gegendang telinga.
Kedengaran satu suara memanggilnya dari arah satu sudut. Dia terpinga-pinga mencari arah suara itu.
“Katy..!! Katy!!
“Ya, apa?” Katy menjawab semboronoh mengagak kemungkinan tindakannya itu mampu memberi respon kepada pemanggilnya.
Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang. Rupanya Anis telah lama memerhatikan tindak tanduknya dari salah sebuah kerusi yang berada berhampirang dengan singki air. Mereka pun duduk sambil berbalas senyuman.
“Maaflah Katy, Anis tak dapat makan kat bustop tue. Takut tak sempat nak masuk kelas jam 1.00 nanti.” Jelas Anis menjawab semula pelawaan Katy dalam telepon bimbitnya. Sambil memuncungkan bibir ke arah Katy. Gedik Anis membuat Katy tergelak.
“Tidak apa bah. Hehe.” Jawab Katy.
“Jadi suda order makanan ka?” Tanya Katy.
“Dah. Katy tunggu je, Anis dah order pun.” Jelas Anis.
Tidak lama kemudian, datang seorang pelayan membawa dua pinggan Mee Goreng Seafood beserta sup kosong. Lama juga mata Katy terkelip dengan hidangan itu. Aroma baunya yang sungguh menggamit seleranya.
Setelah penat berjalan kaki tadi, Katy tidak kesabaran untuk menjamu hidangan tersebut. Dua sahabat itu pun menjamah makanan dengan penuh selera.
“Anis, saya pun ada kelas jam 2 nanti.” Katy memulakaan bicaranya.
“Oh, sama lah Katy. Nanti kita balik bilik sama-sama nak?” Perli Anis.
“Amboi. Haha, terima kasih belanja makan.” Sambung Katy.
“Sama-sama Katy.” Balas Anis sambil melemparkan senyuman.
“Makan laju Katy, dah nak pukul 1 dah nie. Takut tak sempat nak masuk kelas.” Kata Anis.
“Okey.” Jawab Katy.
Setelah selesai menjamu selera, mereka pun berpisah pergi ke kelas masing-masing. Kali ini, matapelajaran Katy adalah Teater.
Bersambung.........
