FAKTA 808 : BAB 4 : Dilantik ketua kuliah pula :
Name : Norhisam Bin Lajuin Whatsapp : 012 818 6190 Twiiter : @makandara69 Instagram : official_norhisam Facebook : Norhisam Lajuin (h.isyam@yahoo.com) Yahoo mail : Nor_hisam92@yahoo.com Gmail : Syameyza928@gmail.com Wattpad : @official_norhisam Thanks, dont forget to subcribe my blog and follow every single story!!
Bab 4
Sekali lagi Katy terkilan dengan penjelasan yang dilontarkan oleh pensyarah terhadap matapelajaran itu. Pelbagai persoalan yang timbul dalam benak sanubari Katy.
Pensyarah kelihatan segak dan tampan. Orang yang sama memberi pengenalan semasa berada di DKP 1 sebelum ini.
“Nama saya Norhisam Bin Lajuin, Asal Daerah Ranau, Sabah. Ada sesiapa yang berasal dari daerah Ranau dalam kelas ni?” Dr. Norhisam mengutarakaan soalan ringkas. Kelihatan beberapa orang pelajar dalam kuliah tersebut mengangkat tangan termasuk Katy.
“Ah, kamu yang memakai tudung jingga tue, perkenalkan diri kamu.” Pinta Dr. Norhisam.
Kelihatan semua pelajar dalam kelas tersebut menoleh ke kiri dan ke kanan. Terpinga-pinga antara satu sama mencari siapa yang memakai tudung seumpama itu.
Katy juga melihat ke belakaangnya kerana paandangan mata Dr. Norhisam itu tepat padanya. Namun kerusinya itu merupakan baris terakhir ke belakang.
Sejurus selepas mengetahui bahawa dia orang yang dimaksudkan itu, jantung Katy mula bergoncang dengan kuat. Perasaan gelisah dan gementar untuk memperkenalkan diri kepada semua rakan-rakan.
Dr. Norhisam Bin Lajuin merupakan pensyarah Katy dalam matapelajaran Teater. Dr. Norhisam berasal dari Sabah dan berbangsa Dusun. Kali pertama melihat pensyarah itu, Katy sungguh takut kerana suaranya yang lantang dan petah berbicara.
Dr. Norhisam meminta para pelajar memperkenalkan diri masing-masing termasuk keputusan STPM. Katy mulai resah kerana takut untuk memperkenalkan dirinya. Hilang keyakinan dirinya.
“Nama saya Siti Khadizah Binti Roslee, asal Ranau Sabah.” Katy menggelatar berbicara.
“Panggilan manja?” Tanya Dr. Norhisam lagi.
“Katy.” Jawab Katy.
“Result STPM? Tanya Dr. Norhisam lagi.
“3A, 1B.” Jawab Katy.
“Pointer?” Sambung Dr. Norhisam.
“3.83” Jawab Katy ringkas.
“Wahhhh.” Suara gema segenap kelas teruja dengan keputusan Katy.
“Wow.. Wow.. hebat kamu ni Katy.” Puji Dr. Norhisam mula terkilan dengan pelajarnya itu.
“Saya akan melantik kamu sebagai ketua kelas dalam kuliah saya. Sebagai penghargaan keputusan STPM kamu yang cemerlang. Jelas Dr. Norhisam itu.
“Yeah..” Semua pelajar dalam kelas itu bersorak tanda setuju dengan cadangan Dr. Norhisam.
Kuliah pun bermula dengan paparan slide. Pada mulanya mereka belajar tentang teori dan falsafah. Katy disuruh oleh Dr. Norhisam untuk duduk di hadapan sekali sebagai alasan ketua kelas.
Selang beberapa jam, kelas Teater itu pun habis. Jam menunjukkan tepat jam 3.50 petang. Katy pun bangun dari kerusinya dan menapak keluar dari dewan kuliah. Kedengaran suara memanggilnya dari arah belakang.
Katy menoleh dan memang benar dia dipanggil oleh rakan sekelasnya juga. Perempuan itu memperkenalkan dirinya dan memberitahunya bahawa Dr. Norhisam ingin berjumpa dengannya pada jam 4.10 petang di pejabat.
Perempuaan itu berlalu pergi meninggalkannya.
Perasaan Katy mulai gelisah memikirkan dirinya telah dilantik menjadi ketua kelas. Dia tidak dapat menerima kenyataan tersebut kerana lebih ramai lagi yang lebih layak untuk menggalas tanggungjawab itu. Dia memmikirkan apa yang bakal menjadi tanggungjawabnya pada hari-hari mendatang.
Katy menapak ke pejabat fakultinya. Dia terpinga-pinga mencari nama pensyarah yang bernama Dr. Norhisam itu. Namun tiada kelihatan nama gerangan pensyarah itu.
Mungkin Katy tersilap masuk pejabat atau bilik pensyarah itu sememangnya berada di tempat lain. Katy terus mencari pejabat Dr. Norhisam sehinggalah dia berjumpa dengan lagi pensyarah lain.
“hello sir, boleh Tanya?” Katy bertanya.
“Ya cik, tanyalah.” Balas lelaki itu.
“Pejabat Dr. Norhisam berada di mana?” sambung Katy.
“Oh.. Dr. Norhisam tue, kamu jalan lagi ke depan di situ lah pejabatnya.” Jelas lelaki itu kepada Katy sambil menuding jari ke arah hadapan Katy.
Rupanya katy sudah hampir sampai ke pejabat Dr. Norhisam. Katy mengetuk pintu Dr. Norhisam dengan perlahan-lahan kerana masih tidak yakin bahawa itu adalah pejabaat Dr. Norhisam.
Setelah tiga kali berulang-ulang ketukaan yang dibuat oleh Katy, akhirnya kedengaran suara menjadi dari dalam pejabat itu.
“Masuk.” Pelawa Dr. Norhisam dari dalam pejabatnya.
“Selamat petang Dr.” Katy memberi salam kepada Dr. Norhisam.
“Petang Katy. Okey begini, kamu merupakan ketua kelas dalam kuliah saya. Saya mahu setiap kali sebelum dan selepas kelas kamu datang ke pejabat saya untuk mengambil borang kehadiran pelajar. Dan kemungkinan setiap kali selepas kelas saya akan menyampaikan sesuatu maklumat kepada kamu sama ada perlu disampaikan kepada semua pelajar.” Jelas Dr. Norhisam panjang lebar.
“Baik Dr.” Balas Katy yang hanya memerhati dari tadi.
“Okey, Kamu boleh balik. Ingat minggu depan kuliah seperti biasa.” Dr. Norhisam mengingatkan Katy.
“Baik Dr.” Jawab Katy dan menapak keluar dari pejabat Dr. Norhisam.
Perasaan gelisah dan takut kini beransur pulih. Keyakinan Katy semakin meninggi setelah berjumpa berdepan dengan Dr. Norhisam.
Katy mengambil telepon bimbitnya dan menaip mesej untuk dihantar kepada Anis. Mungkin Anis sudah lama menunggunya di perhentian bas. Tidak lama kemudian telepon bimbit Katy berbunyi. Anis telah meneleponnya.
Sejurus selepas menutup panggilan itu, Katy mengorak langkah Laju menuju ke perhentian bas. Dari jauh kelihatan Anis tersenyum melihat Katy yang kian kepenatan berjalan itu.
Memang benar kata hati Katy, Anis sudah lama menunggunya. Hatinya amat kesal dengan perjalanan hidupnya pada hari pertama kuliah.
Hatinya marah dengan lelaki yang bergelar Dr. itu kerana dialah punca segalanya. Tetapi hatinya tetap gembira kerana Dr. Norhisam tidak seperti yang dia sangkakan sebelum ini. Dr. Norhisam merupaka seorang yang sangat kelakar, lemah lembut dan prihatin. Faktor inilah yang menurun peratus kadar kebenciannyaa terhadap pensyarahnya itu.
“Aik Katy, mengelamun Nampak.” Tegur Anis.
“Tidak lah, saya rindu di kampung bah Anis.” Katy menafikan tekaan Anis.
“Oh, sama lah katy, mujurlah anis ada kakak kat sini.” Jelas Anis.
“Oh eya kah?” Katy menjawab sambil mengangkat kening terkilan.
“Eya Katy, nape tak caye?” Perli Anis sambil merenung Katy.
“Oh…Untunglah ada kakak.” Jawab Katy.
Mereka duduk di belakang sekali. Bas tersebut menghantar pelajar dari kolej ke Fakulti dan dari fakulti ke kolej kediaman.
Bas itu merupakan hak milik universiti bertujuan mengambil dan menghantar para pelajar ke Fakulti masing-masing. Seawal jam 6 pagi bas sudah menunggu di setiap perhentian bas di setiap blok asrama.
Mereka pun sampai di bilik. Katy terus duduk di birai katil sambil membuka pin tudung di belakang. Katy teringat semula arahan yang diberikan oleh Dr. Norhisam sebentar tadi.
Dia tersenyum sendiri bila mengenangkan nasibnya yang tidak tahu keberadaan pejabat Dr. Norhisam itu.
Seminggu kemudian, jadual Katy dipenuhi dengan kelas kuliah berdasarkan jurusannya di university.
Katy semakin biasa dengan tenggungjawab yang dipikulnya sebagai ketua kelas.
Seperti yang diamanahkan, Katy pergi ke pejabat Dr. Norhisam sebelum dan selepas kelas untuk menerima arahan seterusnya. Kehidupan sebagai seorang pelajar universiti ini sungguh padat dengan temujanji, mesyuarat, perbincangan kumpulan dan sebagainya.
Di sini menentukan diri seorang pelajar itu boleh dikategorikan sebagai mahasisiwa. Sesungguhnya masa adalah sangat penting dalam kehidupan pelajar. Mujurlah wujud peribahasa “masa itu emas”.
Setelah selesai kelas matapelajaran Teater di bawah seliaan Dr. Norhisam itu, Katy terus berganjak ke pejabat Dr. Norhisam. Dia tidak mahu membuang masa. Banyak lagi tugasan yang perlu diselesaikan. Katy mengetuk pintu pejabat Dr. Norhisam dan menapak masuk ke dalam pejabat Dr. Norhisam itu.
“Assalamualaikum Dr. Ini adalah borang kehadiran kuliah pada hari ini.” Jelas Katy sambil menghulurkan borang itu kepada Dr. Norhisam.
“Letak di atas meja tu.” Jawab Dr. Norhisam.
“Gaitulu, ada datang kuliah tadi?” Sambung Dr. Norhisam sambil meletakkan pennya di meja.
“Tidak pasti Dr, kejap saya cek kehadiran ni.” Jawab Katy dengan penuh teliti.
“Kuliah sebelum-sebelum ni, saya tahu taktik pelajar ni. Konon ke tandas lepas tidak balik-balik sudah. Ke mana dorang pergi?” Jawab Dr. Norhisam kesal.
“Tidak apa Katy, lupakan. Kejap, lagi satu pelajar ni minta tandatangan dengan kawan dorang yang lain. Menipu!” Dengus Dr. Norhisam kesal dengan sikap pelajarnya.
“Maafkan saya Dr.” Pinta Katy.
“Bukan salah kau pun. Tidak apa lah dorang tue bukan keluarga, bukan adik saya juga kan?” sambung Dr.norhisam lagi.
“Ya Dr.” Jawab Katy.
“Katy, malam nie kita makan di Alamesra. Saya belanja, jangan risau.” Kata Dr. Norhisam.
Kuat helaan nafas Katy setelah mendengar pelawaan dari pensyarahnya sendiri itu. Serba salah hendaknya sama ada menerima atau menolak tawaran tersebut.
Namun prasangka negative tidak terlintas dalam fikirannya.
Mungkin Dr. Norhisam faham akan keadaan Katy yang terlalu letih dengaa kelasnya setiap hari. Tambahan pula dia menjadi ketua kelas dalam kuliah atas pilihannya sendiri.
“Jadi macamana Katy? Mahu makan sama-sama dengan saya?” Sambung Dr. Norhisam ingin kepastian dari katy.
Dr. Norhisam merenung wajah Katy. Muka bujur dan bermata bulat sungguh menawan.
Terdetik di hati Dr. Norhisam untuk memujinya namun sikap egonya masih menghalang.
Katy sememangnya cantik, tiada kacukan dari mana-mana bangsa. Kemungkinan moyangnya ada sedikit campuran dengan orang inggeris. Mungkin itu juga menjadi faktor kepada kecantikan Katy itu.
“Aik, mahu makan sama-sama dengan saya tak?” Tegur Dr. Norhisam sekali lagi.
“maww.!” Jawab Katy spontan entah sama ada sedar atau tak sedar jawapannya itu.
“Nah, saya cakap kl baru menjawab. Haha.” Perli Dr. Norhisam.
Katy hanya tertunduk malu dengan sindiran daripada Dr. Norhisam itu. Geli hati Katy dengan insiden yang berlaku sebentar tadi. Namun dia masih malu dengan Dr. Norhisam kerana disindir walaupun sindiran itu sekadar gurauan namun bagi Katy itu sangat dalam Maknanya.
“Okey Katy, kamu balik lah dulu. Siapkan diri kamu nanti saya sms kamu.” Kata Dr. Norhisam.
“Ok Dr.” Jawab katy ringkas terburu-buru hendak meninggalkan pejabat Dr. Norhisam.
“Ehh.. kejap Katy, bagaimana saya mahu sms kamu kalau nombor telepon kamu.?” Sekali lagi Dr. Norhisam mengenakan katy.
“Okey, tidak apa katy. Jom saya hantar kamu balik asrama.” Pelawa Dr. Norhisam.
“Takpa lah Dr.” jawab Katy.
“Haishh, saya yang mahu hantar kamu. Bukannya kamu yang hantar saya.” Jawab Dr. Norhisam.
Mereka pun menapak keluar dari pejabat Dr. Norhisam itu. Hampir setengah jam juga Katy berada dalam pejabat Dr. Norhisam itu. Katy semakin risau kerana teringat akan janjinya bersama rakan sebiliknya itu.
Katy mengambil telepon bimbitnya dan mengahantar mesej kepada Anis bahawa dia balik lewat kerana banyak kerja yang dia hendak selesaikan. Kereta yang dipandu oleh Dr. Norhisam itu menuju ke pintu utama Universiti itu.
“P mana nie?” Tiba-tiba Katy bersuara.
“Kita pergi makan dulu, nanti lepas tu saya hantar kamu balik. Boleh kan.” Jelas Dr. Norhisam.
“Hmm..” Balas katy Kesal dengan sikap pensyarahnya itu yang tidak ikut akan arahannya sendiri.
Katy meluat juga dengan sikap pensyarahnya itu. Masih tidak puas hati lagi perasaannya kerana berkali-kali diperli oleh Dr. Norhisam.
Setiap minggu kelas matapelajaran Teater itu Katy sudah tahu bahawa dia akaan makan bersama dengan pensyarahnya. Semester satu kian sampai ke penghujungnya.
Musim peperiksaan tidak lama lagi. Ramai pelajar yang membanjiri perpustakaan universiti. Saat-saat beginilah pelajar akan mengulangkaji pelajaran mereka. Katy juga sama seperti mereka. Itulah gaya hidup seorang mahasiswa selepas semua bebanan tugasan, pembentangan dan perbincangan kumpulan selesai.
