FAKTA 808 : BAB 1 : Penantian yang sangat menggelisahkan..
#terlebih dahulu, admin mohon maaf semua kekurangan dan kelemahan dalam penggunaan bahasa, ejaan, susunan ayat yg kurang sistematik. Yang penting kalian enjoy ya.. Hihihi.. Semua kritikan dan komen daripada anda adalah sangat dihargai. Semoga kita semua terus maju jaya.. Amin.. Yang penting enjoy kio kawan2ku !! ๐น๐น Bab 1 Tepat 1.30 pagi, mata Katy masih belum terlelap lagi. Susah sungguh untuk dia melelapkan mata sedangkan malam sudah dibuai bunyi cengkerik. Sehingga hari ini perasaan gembira masih menyingkap dalam benak sanubari Katy kerana amat berpuas hati dengan keputusan STPM yang baru sebulan lepas diumumkan di sekolahnya. Ketika mendengar pengumuman dari siaran radio Sabah Fm, dirinya bagai dihimpit keresahan. Susah untuk dia mengatur setiap hembusan dan tarikan nafasnya ketika itu. Katy dirangkul dengan helaan nafasnya sendiri. Resah di bahagian dada sungguh tidak menyelesakannya. Radio yang sekian lama diletakkan di atas meja ruang tamu rumahnya...