FAKTA 808 : BAB 5 : JINAK-JINAK MERPATI SUDAH


Name : Norhisam Bin Lajuin Whatsapp : 012 818 6190 Twiiter : @makandara69 Instagram : official_norhisam Facebook : Norhisam Lajuin (h.isyam@yahoo.com) Yahoo mail : Nor_hisam92@yahoo.com Gmail : Syameyza928@gmail.com Wattpad : @official_norhisam Thanks, dont forget to subcribe my blog and follow every single story!!

Bab 5

Semester kedua pun menjelang tiba. Naluri dan perasaan para pelajar masih berada di kampung halaman. Kebanyakannya masih rindua akan keluargaa di kampung. Katy juga seperti mereka, teringatkan keluarga di kampung. Rasa simpati akan kehidupan kedua orang tuanya itu.

Setiap hari pergi kebun di bawah pancaran matahari terik. Setelah balik dari kebun, bersambung pula dengan mengurus haiwan ternakan. Namun itu merupakan rutin masyarakat desa.

Ecil kini berada di tingkatan 4. Sudah cukup besar untuk menjadi lebih dewasa. Adiknya itu sudah boleh boleh menggalas tanggungjawab untuk membantu dan menjaga ibu bapanya di kampung.

Mujurlah Ecil tidak memohon untuk tinggal asrama pada kali ini. Mungkin bila berada di peringkat SPM iaitu tingkataan 5 Ecil akan memohon tinggal di asrama. Mujurlah akan menghadapi peperiksaan yang cukup bermakna dalam hidup setiap insan yang bergelar pelajar.

Suasana bilik tidurnya itu agak lengang setelah ditinggalkan beberapa minggu. Rakan sebiliknya pula masih di pangkuan keluarganya.

 Anis telah memaklumkan kepada Katy dia akan balik lewat bila semester kedua bermula sebelum mereka berpisah balik kampung tempoh hari.

Banyak debu yeng menghuni bilik tidur mereka itu. Katy membersihkan bilik dan memasang cadar tilamnya.  Telepon bimbitnya bordering menandakan ada panggilan masuk.

“Hello, walaikumsalam.” Jawab Katy.

“Okey, kejap saya mahu kemas bilik dulu.” Sambung Katy.

“Bah, nanti kalau sudah siap saya hantar mesej lah.” Balas Katy.

“Okey walaikumsalam.” Jawab Katy menutup bicara.

Setelah selesai mengemas bilik dan menyusun atur kainnya dalam almari, Katy bergegas ke bilik mandi. Setelah selesai mempersiapkan dirinya, Katy mengambil telepon bimbitnya dan menaip sesuatu.
Tidak lama selepas selesai menaip, telepon bimbitnya berdering isyarat panggilang masuk. Dr. Norhisam mengajaknya untuk pergi berkelah di pantai Tanjung Lipat, Likas.

Tidak dinafikan akan keindahan pantai tersebut kerana air lautnya yang biru. Selain pantainy yang panjang lebar, terdapat banyak persembahan bebas yang sedang berlangsung setiap hujung minggu.
Memang benar pantai Tanjung Lipat sangat menarik pemandangannya.

Katy dan Dr. Norhisam duduk di salah sebuah kerusi yang disediakan itu. Dr. Norhisam dalam delima kerana selalu terbayang-bayang wajah Katy.
Perasaan malunya tetap diselindungkan daripada pengetahuan katy kerana dia tahu dia adalah seorang pensyarah dan mempunya seorang isteri.

Sememangnya sudah menyalahi undang-undang rumah tangga tindakan Dr. Norhisam itu. Namun dia tidak mahu kalah dengan perasaan lemahnya itu. Egonya tetap menguasai dirinya.

Walaupun umur sudah mencecah 30 tahun namun rupa paarasnya masih menawan. Mira merupakan seorang cikgu yang mengajar di Sk. Manggatal Sabah. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata hasil perkahwinan mereka selama 6 tahun lalu.
Mira atau nama penuhnya ialah Puteri Amira merupakan isteri Dr. Norhisam. Mereka berkenalan ketika sama-sama belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Setelah kedua-duanya berjaya menerima segulung ijazah mereka telah mendirikan mahligai rumah tangga. Mira Berjaya menjadi isteri kepada Dr. Norhisam dengan sekali lafaz. Anak sulung mereka bernama adam dan anak kedua ialah puteri. Masing-masing mereka berumur 5 tahun dan 2 tahun.

Katy yang sejak tadi kegairahaan dengan keindahan pantai Tanjung Lipat. Suasana yang sangat meriah itu telah menyebabkan dirinya alpa tentang kehidupan keluarganya di kampung.

Dr. Norhisam tahu Katy suka dengan pemandangan yang ada di pantai tersebut. Kelihatan kanak-kanak sedang asyik melawan arus ombak laut. Dr. Norhisam juga hanya memerhati sekeliling.

Baju berwarna ungu dan bertudung merah bawal Adijumma AJ. Tudung bawal AJ cukup terkenal pada masa kini. Rekaan dan kombinasi warna yang cukup menarik minat kepada semua remaja muslimah.
Katy berpakaian ringkas sangat menawan hati.

Dr. Norhisam mula terdetik untuk meluahkan perasaannya kepada Katy namun sikap egonya masih menghalang akan niatnya itu. Dia juga teringat akan dua orang cahaya matanya yang masih kecil itu.

Niatnya cukup terbatas untuk memberitahu perasaan sebenarnya terhadap katy. Walaupun Katy berasal dari kampung namun dia cepat menyesuaikan diri dengan suasana kehidupan universiti. Tidak juga dia dianggap kuno atau pun sakai dengan penampilan kaampungannya sebelum ini.

Rasa berdosa Dr. Norhisam apabila berlaku selingkuh di belakang isterinya. Walaupun isterinya tidak mengetahui segala tindak tanduknya. Sekarang dia sedang bergembira dengan pelajarnya sendiri.

Mereka meluangkan masa hujung minggu mereka di pantai Tanjung Lipat itu. Walaupun Katy baru sahaja balik dari kampung, dia tetap menemani pensyarahnya itu untuk berkelah.

Dr. Norhisam pula dengan sewenang-wenangnya mengajak Katy untuk berkelah sedangkaan isterinya duduk di rumah bersama anak-anak. Pakaian Dr. Norhisam juga ringkas namun dikenakan dengan jenama mahal.

Jam G-shock berwarna putih cukup menyerlah di pergelangan tangan kirinya. Seluar Adidas tiga suku dan baju kemeja lengan pendek jenama Polo Ralph cukup bergaya.

“Wah, cantik juga kamu ni Katy.” Dr. Norhisam memulakan bicara yang masih berlagak.

“Elleh, minta puji.” Jawab katy.

“Amboi-amboi, Katy macam Kembang jak saya puji.” Sindir Dr. Norhisam.

“Elleh.” Jawab katy dan menapak ke pantai meniinggalkan Dr. Norhisam.

“Hey, jangan lah marah.” Pujuk Dr. Norhisam namun tidak dihiraukan oleh katy.

Katy terus berjalan menuju ke tepi pantai yang berhampiran dengan hempasan ombak. Dr. Norhisam mengekorinya dari belakang risau kalau-kalau ada perkara yang tidak diingini akan berlaku.

Perlahan-lahan Dr. Norhisam merapatkan dirinya kepada Katy. Namun tindakannya itu disedari oleh Katy, lantas Katy melatah sambil melemparkan telepon bimbitnya ke arah Dr. Norhisam.

Katy hanya tengangah bingung kerana baru sahaja dia berlaku kasar terhadap gurunya sendiri. Sejurus selepas itu , Katy terus berlari meninggalkan Dr. Norhisam itu.
Dr. Norhisam mengambil telepon bimbit Katy yang terjatuh di pasir dan bergegas mengejar Katy.

Katy duduk semula di kerusi tadi. Dr. Norhisam duduk di sebelah Katy sambil menghulurkan telepon bimbit Katy. Katy hanya tertunduk kesal dengan tindakannya sebentar tadi.

Dr. Norhisam memujuk Katy sehinggalah dia memegang tangan katy. Katy membiarkan tindakan gurunya itu. Katy tahu pensyarahnya itu lebih matang dan tidak mungkin Dr. Norhisam akan berkelakuan tidak waras.

“Sorry katy.” Dr. Norhisam memulakan bicara.

“Kalau saya tidak memuji kamu tadi tu, mungkin tidak jadi begini.” Sambung Dr. Norhisam lagi.

Katy hanya tertunduk dan menarik-narik jarinya berulang kali. Seolah-olah ingin melawan tetapi tidak.

“Lupakan itu, yuk kita p makan.” Dr. Norhisam bertindak lebih matang tanpa memanjangkan perbualan mereka.

Mereka pun masuk ke dalam kereta Dr. Norhisam. Pacuan empat roda itu meluncur laju ke Alamesra. Mereka menjamu selera  di restoran yang sama seperti sebelum ini.

Restoran D’Saiful merupakan destinasi utama para pelajar untuk menjamu selera terumatamanya pada waktu petang hingga ke malam.

Restoran ini cukup terkenal dengan hidangan Nasi Ayam D’Saiful yang mana cukup memukau rasa. Ramai pensyarah dan kakitangan universiti yang menjamu selera di restoran tersebut. Pelayan datang mengambil pesanan dari para pelanggan.

“Katy, mahu makan apa?” Tanya Dr. Norhisam.

“Tidak Lapar lagi Dr.” Jawab katy.

“Tak payah lah Skema sangat Katy, panggil isam ja pun buli. Panggil apa-apa lah yang kamu minat.” Jelas Dr. Norhisam.

Dr. Norhisam memesan dua menu Nasi Ayam D’Saiful dan air bandung sejuk. Katy yang tertunduk tadi itu mula mengangkat wajah dan memandang ke arah Dr. Norhisam.

Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Katy merenung tajam muka Dr.Norhisam itu. Hati Katy mula berbicara sendiri. Dia mula tertarik dengan perwatakan dan layanan daripada Dr. Norhisam itu.

Dia mula membayangkan dirinya bermain pasir di pantai bersama Dr. Norhisam. Alangkah bahagianya ketika bermain pasir dirinya telah pengsan dan dirangkul  oleh pensyarahnya itu untuk ke hospital.

Katy kini dilamun cinta dengan gurunya sendiri. Hati perempuan ini sungguh mudah untuk berkasih sayang. Sungguh mudah untuk mencintai dan dicintai. Mungkinkah atas faktor kehidupan kampungnya.

Dia mendambakan kasih sayang daripada seorang kekasih hati yang betul-betul menyayanginya. Dr. Norhisam memang kacak orangnya. Lebih-lebih lagi mereka sebangsa.

Akar umbi keturunan mereka adalah sama. Mungkin ada antara mereka yang kurang fasih dalam berbahasa Dusun. Berkulit putih dan gebu adalah sinonim dengan pemuda pemudi yang berbangsa dusun.
Walaupun hidup tidak semancung seperti idaman ramai namun wajah putih dan bibir merah menjadi kelebihan.

Mungkinkah ini adalah faktor Dr. Norhisam memilihnya sebagai ketua kelas pada semester lepas. Ataupun dengan faktor kecantikan paras rupa yang dimiliki oleh Katy.

Namun sekarang hubungan mereka seperti “jinak-jinak merpati”. Tidak kelihatan antara mereka membenci mahupun suka secara langsung. Hubungan mereka berterusan dilihat oleh pelajar yang lain.

Tidak lama selepas itu, Nasi Ayam D’Saiful telah pun sampai. Katy dan Dr. Norhisam pun menjamu selera. Setelah selesai menjamu selera mereka berjalan lagi pergi menonton wayang.

Popular posts from this blog

FAKTA 808 : BAB 6 : angka 808 musuh minda

FAKTA 808 : pensyarah yg bergelar doktor berasmara dengan pelajar universiti. Karma telah menjawab semua persoalan tidak kira buatan manusia ataupun rencanaNya.

FAKTA 808 : BAB 1 : Penantian yang sangat menggelisahkan..

QOUTES : KOLEKSI KATA-KATA MOTIVASI DALAM BAHASA INGGERIS

FAKTA 808 : BAB 3 bermula kehidupan seorang mahasisiwi

FAKTA 808 : BAB 4 : Dilantik ketua kuliah pula :

FAKTA 808 : BAB 2 :Menjadi fenomena namun dibelenggu kemelut halatuju masadepan

QOUTES : Koleksi kata2 motivasi dalam bahasa inggeris

CINTA CJJ : Percintaan yang sangat hebat CJJ. Merentas lautan china selatan.

Mukadimah : latar belakang penulis dan pemilik blog